Trend & strategi Email marketing yang wajib anda guna untuk tahun 2020

Email marketing adalah antara bentuk marketing yang paling biasa kita dengar. Walaupon terdapat pelbagai jenis online marketing tetapi, emailmarketing masih menjadi salah satu saluran komunikasi utama yang digunakan oleh pelbagai syarikat besar diluar sana.

Tak dinafikan bila media sosial muncul menyebabkan email marketing agak tengelam kerana ramai pengguna lebih suka untuk buka media sosial mereka setiap hari berbanding membuka email. Itupun hanya sekadar untuk check email-email penting sahaja. Tetapi adakah email marketing sudah tidak relevan pada masa kini?

Sebenarnya tidak! Kerana sehingga hari ini, email marketing masih relevan dan efektif sama seperti platform marketing yang lain. Email marketing juga perlu tukar corak pendekatannya dengan pelanggan.

Mari kita lihat strategi dan trend email marketing yang akan membantu anda dalam pemasaran email anda pada tahun 2020.

1. Masuk ke dunia Smartphone

Kalau kita boleh lihat hari ini, bilangan pengguna internet telefon bimbit semakin hari semakin meningkat dengan cepat. Majoriti orang hari ini menggunakan Smartphone untuk melayari Internet, sama ada nak buka media sosial atau email mereka.

Jadi kalau anda tidak membuat email yang mobile-friendly, anda akan mengalami kejatuhan dalam mobile traffic. Apabila anda menghantar emaill, pastikan teks, serta visual, sesuai dengan baik dalam desktop dan mobile. Kadang-kadang, visual tidak kelihatan menarik di telefon bimbit seperti mana yang dilihat di desktop. Ia akan mengambil masa untuk disesuaikan dan ada yang tidak sesuai dengan skrin. Ia sering menyebabkan pengguna sekadar buka dalam masa beberapa saat sahaja.

Optimumkan email anda untuk mobile. Ia mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk meningkatkan kadar orang membuka email anda.

2. Letakkan testimoni dalam kandungan Email 

Antara langkah yang baik yang anda boleh lakukan adalah menunjukan feedback apa yang pelanggan fikirkan mengenai produk atau perkhidmatan anda dalam emaill. Kalau anda nak buat bakal pelanggan anda nampak, cuba tambah beberapa testimoni yang berkaitan produk/perkhidmatan anda di dalam e-mel. Testimoni sangat berpengaruh dan boleh membawa hasil yang positif.

Anda mempunyai masa yang sangat terhad untuk menarik perhatian prospek anda. Dan dalam masa itulah, anda perlu berikan yang terbaik kepada mereka. Dengan memaparkan testimoni, anda boleh menarik minat mereka untuk membuka email anda.

3. Personalize kan Email 

Menambah sentuhan peribadi dalam email anda dapat memberikan hasil yang lebih baik daripada terlalu umum. Anda perlu membuat mereka rasa, email yang anda hantar adalah khas untuk mereka, seperti anda sedang  bercakap dengannya secara personal. Tetapi anda boleh auto-sent mesej ini kepada semua orang.

Sebagai contoh, jika saya menerima email yang mengatakan “Hey” atau “Pelanggan yang Dihormati” dan ada email lain yang bermula dengan “Hey Malisa” atau “Dear Sofea”, yang akan lebih menarik perhatian saya pasti jika nama saya disebut di dalamnya. Inilah yang anda perlu lakukan.

Dan ini tidak bermakna anda perlu buat secara manual kepada setiap prospek secara individu. Anda boleh menggunakan data pelanggan anda dan letakkan tag nama pertama mereka pada email anda. Hampir setiap software marketing anda boleh gunakan untuk automasikan email anda.

Personalize email adalah trend yang patut anda gunakan untuk tahun 2020.

4. Buat “A/B testing”

A/B testing (atau dikenali sebagai split testing atau bucket testing) adalah salah satu cara untuk anda membandingkan 2 versi iklan atau email anda untuk menentukan yang mana satu format yang terbaik dan ramai orang akan buka dan baca

A/B testing dapat membantu apabila anda menjalankan email marketing. Sebab anda boleh cari jenis email yang pengguna rasa nak buka dan respon email itu. Anda boleh tahu email mana satu ramai orang akan buka dan klik berbanding dengan yang lain. Ia memberi anda peluang untuk menambah baik pendekatan anda dan anda dah boleh faham jenis email yang mana lebih bagus untuk digunakkan.

5. Hantar email pada masa yang sesuai dan tepat

Okay, katakan lah kalau subscriber email anda adalah daripada satu dunia. Adakah sesuai kalau anda hantar email itu pada satu masa? Sudah tentu tidak! Tak berguna jika anda hantar email kepada pelanggan yang sampai pada pukul 4 pagi atau 11 malam. 

Sebab itulah saya beritahu tadi, amatlah penting untuk anda segment kan subscriber anda supaya email dapat dihantar kepada audience yang betul ada masa yang tepat.

Kesimpulannya

Kalau anda berjaya gunakan cara email marketing yang betul, anda pasti dapat tarik lagi ramai pelanggan kepada bisnes anda. Jika anda bijak untuk jaga hubungan dengan mereka sudah pasti mereka akan datang lagi untuk membeli produk atau menggunakan servis anda. Ikut trend terkini dan kenalpasti perubahan dan cuba gunakan idea kreatif untuk menarik minat mereka untuk membaca email anda. Anda juga boleh cuba platform email broadcast kami. Klik link ini untuk mencuba –> https://saleskip.com/

Apa perubahan yang anda buat pada email marketing anda tahun 2020 ni? Kongsikan pada kami pada ruangan komen dibawah. Ya!

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social Media

Most Popular

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Blog

Related Posts

Edit Receipt Pembelian

Jimatkan banyak masa dengan resit yang dihasilkan secara automatik di dalam Saleskip! Lihat video ini lihat cara edit receipt pembelian:  

Tutorial Lihat Aktiviti Jualan Pelanggan

Lihat aktiviti atau pembelian pelanggan anda secara real-time! Fungsi analisis kami akan bantu anda untuk kenalpasti halaman tempahan yang paling ideal untuk produk anda! Lihat video ini lihat cara kawal tutorial lihat aktiviti jualan pelanggan:  

Scroll to Top