Tiada pelanggan baru masuk membeli di website anda? Ini 3 langkah yang anda perlu buat!

“Rahsia Tarik Ramai Pelanggan Masuk Website Secara Automatik”

Lihat Facebook Live yang telah bersiaran langsung pada 22 September 2020.

“Website anda krik-krik. Tiada orang pun yang masuk?”

Saya yakin, mesti ada antara anda yang dah familiar dengan masalah ini, buat website tapi tiada jualan yang masuk. Huhu..sedihnya!

Tapi sebelum anda give-up dan terus rasa yang website anda ni tak berkualiti, cuba jawab soalan bawah ni:

  • Dah promote website jualan anda di Facebook, Instagram, Youtube?
  • Dah buat iklan berbayar?
  • Dah promote website di media sosial yang lain?

Kalau belum, memang la website anda masih krik-krik. Macam mana tak krik-krik kalau yang masuk website anda hanyalah kawan-kawan dan keluarga je. Sebenarnya ada banyak lagi cara yang berkesan untuk tarik pelanggan baru masuk ke website anda, tapi kalau nak cerita semua dalam satu artikel yang sama, memang peninglah anda jawabnya…

Sebab itu, artikel kali ini akan fokus pada satu cara ini, iaitu promosi menggunakan Google. Anda nak tak website jualan anda keluar yang paling atas bila pelanggan buat carian di Google? Nak tak anda tarik pelanggan baru yang jauh berkualiti secara automatik?

Kalau nak tahu, anda wajib baca sampai habis.

Langkah 1:

Tarik pelanggan baru yang berkualiti masuk Ke website Secara Automatik

Percaya tak, kalau saya cakap dalam masa 10 minit je anda dah boleh set-up google ads? Haa.. mesti ramai tak percaya kan? Anda selama ni mungkin ingat susah nak set-up. Lepas tu kos mesti mahal. Sebenarnya tak pun, mudah saja. Boleh ikut step dibawah :

Step 1: Register Google Adwords

Sebelum anda start, anda wajib register Google Adwords akaun. Klik sini untuk daftar.

Step 2: Masuk ke Dashboard Google Adwords

Untuk cara setup yang lebih jelas, anda boleh rujuk video Live kami ini di minit ke (18:26). Senang je nak setup dalam 10 minit dah siap.

Step 3: Tunggu Google Approved

Berapa lama nak tunggu google approved anda itu bergantung pada copywriting anda. Tapi mengikut pengalaman kami sekejap sahaja. Andai kata tiba-tiba iklan anda tak approved, anda boleh contact Google Ads Help  Dan jangan risau customer support Google adalah dari Malaysia. Jadi anda boleh cakap dalam bahasa melayu je.

Pro-tips :
Kalau anda nak tahu compare harga Google Ads dan Facebook Ads. Harga di google Ads adalah lebih rendah berbanding Facebook Ads. Ya, iklan memang tetap kena bayar tapi Google Ads harga lebih jimat dan murah berbanding Facebook Ads. Jadi kalau anda nak jimat boleh guna Google Ads.

Langkah 2:

Automasikan proses pembelian di website

Haa..disini lah SaleSkip boleh bantu anda untuk buat website dan automatik kan proses pembelian pelanggan. Anda tahu tak dalam SaleSkip anda boleh buat 2 jenis website tau, menarik kan?

  1. Website Jualan (Order Form)
  2. Website kumpul database (Opt-in form)

Untuk contoh yang saya berikan dibawah ini. Sesuai untuk anda yang buat servis dan nak kumpul database baru. Bila prospek anda datang dari iklan google mereka akan isi maklumat seperti nama, email dan no.telefon jika mereka berminat.

Dan yang paling best nak setup Opt-in Form ni hanya dalam masa 10 min je tau. Kami dah sediakan template dalam SaleSkip. Anda hanya perlu “copy & paste” dan masukkan copywriting anda. Semudah ABC je.

Cuba tengok gambar diatas. Ini adalah contoh Opt-in Form yg kami buat khas untuk kelas roti. Jadi bila prospek masuk ke website untuk daftar mereka hanya perlu isi nama email dan no.tel je.

Pro-tips:
"Macam mana anda nak tahu bisnes anda sesuai guna website jualan atau website kumpul database?"


1. Website Jualan (Order Form): Order Form sesuai digunakan untuk nilai produk/service yang nilai nya dalam ratus atau puluh ringgit sahaja. Sebab customer boleh klik dan terus buat pembayaran.

2. Website Kumpul Database (Optin Form): Optin ni ialah web-page juga yg anda guna untuk kumpul database. Dalam erti kata lain dia mcm 'booking page' la. Jadi kalau bisnes anda merupakan produk/service yang nilainya besar, beribu ringgit. Agak susah untuk anda close customer on-the-spot secara online betul tak? Jadi sebab itu anda perlu gunakan Opt-in form dalam Saleskip untuk kumpul dahulu data pelanggan anda.

Langkah 3:

Follow-up Pelanggan Dengan Pantas Dan Automatik

Okay sekarang customer dah isi details mereka di Opt-in Form. Jadi kat mana nak tengok data pembelian. Haa.. data pembelian tu ada dalam SaleSkip dan SaleSkip dah tolong uruskan untuk anda. Jadi apa yang anda perlu buat hanya login akaun SaleSkip dan follow-up customer anda. Contohnya kalau pembelian gagal anda boleh follow-up mereka on-the-spot tau.

Jap… tunggu dulu, nak tau tak Saleskip juga boleh bantu anda untuk automasi kan proses “after sales” (selepas jualan)? Ya betul ada 2 fungsi dalam SaleSkip yang anda boleh guna :

Hantar email secara pukal untuk promosi akan datang! (Satu Klik je)

Fungsi terbaru dalam SaleSkip anda boleh blast email kepada pelanggan anda secara serentak. Tak perlu hantar manual satu persatu. Untuk setup email broadcast boleh refer tutorial di link ini:

Uruskan data pembelian dalam bentuk visual “Pipeline”

“Pipeline” adalah tempat untuk anda nampak dengan lebih jelas order yang anda terima, dengan fungsi “Drag and Drop” dapat memudahkan anda untuk follow-up pelanggan dengan lebih cepat.

“Jadi, apa yang kita boleh rumuskan?”

Jadi macam mana lepas dah baca? Senang je kan sebenarnya nak tarik pelanggan baru yang “berkualiti” masuk ke website anda. 

Kalau dah buat betul-betul, lepas ni confirm order masuk berduyun-duyun sampai tak menang tangan. Hehe. Dan anda dah tak perlu risau dah website krik-krik. Sebab SaleSkip pun dah bantu anda untuk buat sales dan follow-up pelanggan secara automatik.

Mungkin selama ni anda nampak susah sebab anda tak pernah cuba kan? Dan kalau nak belajar kene masuk kelas berbayar. Tetapi anda cukup bertuah sebab harini saya kongsi ilmu ni secara percuma je untuk anda cuba. 

So apa tunggu lagi? Dah register SaleSkip kan? Anda boleh mula gunakan SaleSkip dan tarik pelanggan baru yang berkualiti dan automatik.

Kepada yang masih belum register boleh daftar 14 hari trial percuma di sini.

Saya harap perkongsian pada harini dapat membantu anda meningkatkan jualan bisnes anda. Ingat tau, kalau anda berusaha pasti berjaya! All the best!