Tak berjaya buat pembayaran/kad di reject? Aktifkan Pembayaran Antarabangsa Anda sekarang!

Sekiranya anda menghadapi masalah dengan kad debit atau kredit, kemungkinan besar kad anda belum diaktifkan untuk pembayaran antarabangsa.

Anda perlu menghubungi nombor telefon di belakang kad debit atau kredit anda.

Anda perlu call pihak bank dan beritahu yang anda ingin aktifkan line antarabangsa debit kad anda.
Pihak bank mungkin akan bertanya apa laman atau servis antarabangsa yang ingin anda gunakan.
Anda perlu beritahu sahaja secara jujur untuk elakkan sebarang masalah.

Sebelum pihak bank mengaktifkan debit kad anda, mereka akan membacakan terma dan syarat pengaktifan untuk persetujuan anda.
Pengaktifan daripada pihak bank sudah berjaya. Seterusnya pengaktifan daripada pihak anda pula. Anda hanya perlu mengikuti langkah – langkah yang diberitahu oleh pihak bank.

Tahniah! Line antarabangsa kad kredit anda sudah diaktifkan.

Setelah selesai kesemua langkah di atas, anda boleh lawati laman web Saleskip untuk membuat pembayaran semula seperti sebelumnya.