One Page Checkout vs Multi-Page Checkout

Kejayaan page bisnes online anda tidak hanya bergantung kepada berapa ramai yang click dan masuk tapi ia bergantung kepada berapa yang akan convert menjadi pembeli anda. Lebih banyak conversion pelawat yang bertukar kepada pembeli, lebih tinggi keuntungan yang anda akan dapat. Dan majoriti ia bergantung kepada checkout page anda. Jadi apa proses checkout yang akan buat? One Page Checkout or Multi-Page Checkout?

Pembeli sudah semestinya mahukan sistem pembelian yang simple dan tak rumit. So dalam artikel ini, saya akan pinpoint perbezaan antara checkout proses yang dapat membantu anda membuat pilihan yang lebih baik.

a) One Page Checkout

Contoh one page checkout

Kelebihan One page checkout

1. Langkah check-out yang singkat

Proses check-out yang simple dan singkat membolehkan pelanggan menyelesaikan transaksi dengan cepat dan mudah. Pelanggan kurang gemar untuk klik banyak page untuk teruskan pembayaran. Mereka boleh memasukkan semua butiran mereka mengenai bil, penghantaran, pembayaran, dan lain-lain pada satu halaman.

2. Mudah nak faham

One page checkout membuat reka bentuk page yang mudah dan memberikan gambaran yang jelas di hadapan pelanggan. Mereka boleh melihat keseluruhan butiran di satu tempat. Pelanggan hanya perlu mengisi maklumat tersebut dan tekan butang hantar.

3. Mengurangkan Kadar Abandonment Cart

Proses checkout yang rumit boleh memaksa pelanggan anda meninggalkan order form yang mereka mahu membeli pada mulanya. Oleh itu, penting untuk membuat proses checkout yang mudah untuk mendorong mereka untuk membuat pembelian. Bukan sahaja ia akan mengurangkan kadar abandonment cart, tetapi pelanggan juga akan lebih cenderung untuk masuk ke website anda pada masa akan datang jika mereka rasa selesa dan mudah untuk membeli di website anda.

Kelemahan One page checkout

1. Slow loading

Display kandungan yang high volume bole menyebabkan slow loading dalam website anda. Apabila pelanggan melawat website anda, mereka menjangkakan pembayaran cepat. Pemeriksaan yang perlahan boleh menolak pengunjung anda dan membuat mereka mencari produk di kedai pesaing anda.

2. Terlampau panjang dan Intimidating

Pelanggan yang terbiasa dengan checkout berbilang halaman mungkin tidak dapat melepaskan satu halaman checkout. Borang checkout yang panjang boleh menakutkan dan tidak menggalakkan pengguna membuat pembelian.

b) Multi-page Checkout

Contoh one page checkout

Kelebihan Multi-Page checkout

1. Pelanggan merasa lebih selamat

Mengisi semua butiran langkah demi langkah yang diperlukan membuat pelanggan merasa lebih selamat tentang pembelian mereka, terutamanya jika mereka beli barang yang mahal.

2. Boleh dapat tahu apa yang menghalang pelanggan daripada membuat pembelian

Dalam multi-step, kemungkinan pelanggan mengisi maklumat dan akan kembali kepada page pertama. Dengan bantuan Google Analytics, anda boleh menjejaki aktiviti pelanggan anda dan mengetahui di page mana yang menyebabkan masalah dalam membuat pesanan.

Kelemahan Multi-Page checkout

1. Lebih panjang dan makan masa untuk isi

Oleh kerana banyak page, pembeli mencari checkout berbilang halaman dengan proses yang panjang dan memakan masa. Apabila proses menjadi terlalu panjang, pelanggan akan kurang sabar dan tinggalkan order mereka separuh jalan. Apa yang lebih buruk ialah mereka membuat keputusan untuk membuat pembelian dari kedai yang berbeza.

2. Susah nak betulkan maklumat

Kesalahan sering berlaku semasa mengisi butir-butir di checkout form. Dalam multi-page checkout, pelanggan tak dapat nak tekan button lain kecuali kembali ke page sebelumnya dan membetulkan maklumat tersebut. Banyak e-commerce store yang tiada pilihan untuk edit dan pelanggan perlu isi semula butiran itu sekali lagi. Ini menyebabkan pelanggan give-up dan tak jadi nak buat pembelian.

Jadi yang mana anda patut guna?

One-page checkout vs Multi-page checkout:

Kalau anda dah stuck dalam dilema yang mana satu lebih baik, saya sarankan anda untuk gunakan One-page checkout. 

Pada hari ini, kebanyakkan peniaga bisnes online mengunakan One-page checkout berbanding Multi-page checkout kerana peniaga lebih tertumpu kepada cara untuk selesaikan order pelanggan dalam satu masa daripada meminta mereka untuk mengikuti beberapa langkah yang panjang.

Cuba anda bayangkan: Anda pergi ke kedai nak beli barang. Lepas selesai pilih apa yang anda mahu, anda pergi ke kaunter untuk bayar. Jadi kaunter yang mana anda akan cari? Sudah semestinya anda akan ke kaunter yang tak ada orang queue dan tak ambil masa lama untuk tunggu. Sama juga macam beli online. Pembeli mesti nak buat pembayaran cepat dan inilah sebab kenapa One page checkout paling ramai peniaga online gunakan.

Kalau anda dah buat One page checkout, bagus! Tapi jika anda masih belum ada order form, anda boleh cuba gunakan Saleskip hari ini.Saleskip boleh gunakan dual-step checkout. Daftar sekarang di https://saleskip.com/

 

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Most Popular

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.