Follow-Up Customer Dengan Lebih Mudah Menggunakan Feature Terbaru: Customer Relationship Management (CRM) di SaleSkip

“Anda masih menggunakan whatsapp untuk follow-up customer?

Customer Relationship Management (CRM) telah diguna pakai di negara maju sejak bertahun-tahun dahulu. Di Malaysia, ianya masih kurang dikenali.

Jadi, kami di SaleSkip ingin membantu SME di Malaysia untuk memudahkan pengurusan dengan customer melalui CRM.

Dengan feature CRM di SaleSkip, anda dan team anda dapat menyimpan data customer dan data pembelian mereka di kedai online anda.

1. Data Customer

CRM SaleSkip

Dengan fungsi terbaru CRM ini anda dapat melihat data berikut:

i) Contact Information adalah perkara basic dalam menyimpan data pelanggan. Apabila pelanggan buat belian, nama, email dan nombor telefon mereka akan disimpan secara automatik.

Data lain seperti tarikh lahir, pekerjaan, dan akaun social media pelanggan dapat ditambah dari masa ke semasa.

ii) Order Information adalah segala informasi mengenai pembelian pelanggan. Anda dapat lihat apa yang dibeli, harga jualan, dan samada pelanggan sudah buat bayaran atau belum.

iii) Invoice & Receipt akan disimpan secara automatik oleh sistem. Dengan fungsi ini, bukti pembelian & pembayaran dapat disimpan dengan lebih teratur berdasarkan nama pelanggan.

2. Customer Follow Up

CRM SaleSkip

CRM dapat membantu anda follow up dengan customer dengan sangat mudah dan pantas.

Dengan button ‘Customer Follow Up’, terdapat 5 fungsi yang dapat membantu anda berhubung dengan customer.

Fungsi #1: Notes

CRM SaleSkip

Melalui fungsi notes ini, anda atau team anda boleh meletakkan sebarang nota tentang customer tersebut. Sebagai contoh:

“Customer ini Menteri Kewangan.”
“Customer ini pernah complain barang lambat sampai.”

Nota-nota yang ditinggalkan ini dapat memudahkan sesiapa sahaja dalam team untuk membuat follow up dengan customer.

Nota ini kemudiannya akan disimpan di bawah profile customer.

Fungsi #2: Email

CRM SaleSkip

Sekiranya ada permasalahan dalam pembelian oleh customer, anda boleh follow up dengan menghantar email secara terus kepada customer tersebut.

Anda juga boleh hantar ucapan istimewa seperti harijadi, dan seumpamanya untuk bina trust dengan customer.

Fungsi #3: Files

CRM SaleSkip

Invoice dan Receipt disimpan secara automatik apabila customer membuat pembelian. Namun sekiranya file tersebut perlu di edit, fungsi ‘Files’ ini dapat membantu.

Antara file lain yang boleh disimpan oleh fungsi ini adalah seperti salinan IC customer.

Fungsi #4: SMS

CRM SaleSkip

Sama seperti fungsi email, anda boleh menghantar mesej kepada customer melalui SMS.

SMS adalah lebih dekat dengan pengguna berbanding email. Namun, caj akan dikenakan untuk SMS.

Fungsi #5: Activities

CRM SaleSkip

Aktiviti yang boleh anda simpan berkaitan customer adalah: Call, Meeting, Task, dan Email.

Sebagai contoh, anda pernah bermesyuarat dengan customer ini. Maka di bahagian ini, anda boleh tulis nota-nota penting dari mesyuarat sebagai rujukan.

3. Shortcut Status

Melalui fungsi Shortcut Status, anda dapat boleh tekan button “Win” atau “Lost”

Button “Win” ini bermaksud, customer berjaya membeli dengan anda.

Button “Lost” pula bermaksud, customer tidak membeli.

Untuk “Lost”, selepas anda klik button tersebut, paparan ini akan muncul:

CRM SaleSkip

Anda atau team boleh masukkan sebab pembelian gagal. Ianya boleh dijadikan sebagai rujukan supaya tiada lagi pembelian gagal di masa hadapan.

Tukar Daripada Whatsapp ke SaleSkip!

Sekiranya anda masih menjual produk menggunakan whatsapp, data customer anda tidak dapat disimpan dengan lebih kemas.

Di Whatsapp, ada contact pasangan, ibubapa, adik-beradik, kawan-kawan, rakan sekerja, cikgu sekolah anak, bercampur pula dengan customer.

Dengan kemudahan CRM di SaleSkip, anda bukan sahaja boleh simpan data profile mereka. Malah anda juga boleh simpan data lain yang penting seperti receipt, invoice, dan nota.

Anda juga boleh manage relationship dengan customer melalui kemudahan Customer Follow-Up yang disediakan.

Jom cuba terus SaleSkip terus sekarang secara percuma selama 14 hari!