Tak Tau Macam Mana Nak Promote Di Facebook Dengan Berkesan? Ini 4 Langkah Yang Anda Boleh Buat Sekarang!

"Rahsia Tarik Pelanggan Dari Facebook untuk Tingkatkan Jualan"

Lihat Facebook Live yang telah bersiaran langsung pada 29 September 2020.

“Sedihnya bila Facebook Posting tak mendapat sambutan...Yang klik 'Like' sorang dua je...Kenapa orang lain sekali posting sampai beratus-ratus orang shares?”

Siapa kat sini yang dah buat macam-macam iklan di Facebook tapi jualan masih krik-krik. Dah try post di semua platform tapi yang respon hanya sorang, dua je. Hmm..sedihnya. Tapi pernah tak anda terfikir macam mana orang lain boleh dapat sales tinggi? Apa rahsia mereka ya?

Haa.. sebab itulah untuk blog kali ni, saya akan kongsikan tips macam mana anda nak promote dengan berkesan di Facebook. Btw tips yang saya share ni bukan dari saya tau, tapi dibongkarkan oleh Pakar Marketing Facebook iaitu Coach Kimie.

Kalau anda nak tau, Coach Kimie adalah salah seorang Pakar Marketing Facebook di syarikat Digital Marketing (FunnelEvo). Beliau berpengalaman membuat sales hampir 6 angka dengan tarik pelanggan dari Facebook masuk ke website. MasyaAllah..hebat bukan?

Tapi fokus blog kali ini bukan sekadar cara iklan di Facebook je tau. Kami juga akan kongsikan langkah yang wajib anda buat selepas promote di Facebook yang ramai orang tak tau.

Pada kali ini kami mengambil case study sebenar salah seorang daripada pengguna SaleSkip yang menjual produk kecantikan (WhiteLab). Jadi kepada anda yang buat produk kecantikan boleh belajar dan ambil contoh apa yang kami cadangkan di bawah ini. So jom teruskan bacaan 4 langkah dibawah:

Langkah 1:

Kemas Kini Teknik Marketing Di Facebook

Perkara paling penting yang anda kena buat ialah ‘tarik perhatian’ bakal pelanggan secepat mungkinKami pasti ramai orang pening, dah buat macam-macam tapi still tak berjaya. Jangan risau, Coach Kimie telah kongsikan Rahsia ‘3M’ yang wajib anda kuasai untuk buat promosi yang lebih berkesan yang boleh buat pelanggan anda rasa tertarik untuk membeli!

3 Tips untuk improve iklan sedia ada menggunakan rahsia 3M:

  1. Market: Kepada siapa kita nak jual (audience/customer avatar)
  2. Message: Copywriting ayat-ayat iklan anda
  3. Media: Gambar/Video dalam posting iklan anda

Contoh : Ini adalah daripada case study pengguna kami (Tuan Amir)

Gambar disediakan oleh Tuan Amir (Pengguna Saleskip). Source Instagram.

Tips 1: Letak gambar manusia

Berdasarkan iklan Tuan Amir ni, Coach Kimi cadangkan Tuan Amir untuk letak gambar manusia di iklan tersebut. Berdasarkan pengalaman Coach Kimie, orang akan lagi tertarik denga poster yang ada gambar perempuan. Kalau anda tengok dekat billboard tepi jalan pun kebanyakan guna model (gambar perempuan). 

Dan kalau anda nak tau mengikut psikologi, manusia akan lebih tertarik kepada iklan yang ada gambar perempuan. Ini tips yang ramai masih tak tahu tahu!

Tips 2 : Kecilkan skop 'target audience' dan 'personalized' kan copywriting iklan/promosi

Coach Kimie juga ada kongsikan bahawa copywriting iklan yang power adalah iklan yang tak terlalu general. Sebaliknya, ramai pelanggan akan lagi tertarik untuk ‘klik’ iklan anda jika copywriting nya lebih specific dan ‘applicable’ pada mereka. Contoh iklan yang general ialah iklan yang digunakan Tuan Amir seperti dibawah ini. 

Coach Kimie ada kongsikan yang kita kena personalied kan target audience. So dari iklan ini, apa yang boleh ditambah baik adalah mungkin boleh pecahkan iklan untuk target tertentu seperti nurse, cikgu dan orang yang berkerja di pejabat. 

Anda akan dapat tarik lebih ramai pelanggan jika anda kenal pasti siapa pelanggan ‘sebenar’ anda. Kalau anda nak jual skincare mungkin boleh pecah–pecah kan iklan ikut niche target audience anda.

Pro-tips :
Kalau nak iklan anda lebih 'convert', cuba guna gambar perempuan dahulu di poster dan tengok ada peningkatan atau tidak dari segi jumlah pembelian.

Langkah 2:

Jadikan Website Jualan anda sebagai 'Sales Assistant di alam Maya'

Jika anda dah improve bahagian promosi di Facebook dan sudah semak jika iklan anda ada ‘Rahsia 3M’ tadi baru lah boleh masuk ke langkah ke dua! Mesti anda tertanya, kat mana pelanggan nak membeli? Takkan nak bawak diorang masuk manual ke WhatsApp, leceh lah macam tu.. nanti akan terlepas banyak pelanggan.

Kami cadangkan anda bawa pelnggan masuk ke website dahulu sebab website adalah ibarat ‘team sales’ robot anda. Cuba anda bayangkan website dapat bantu anda ‘close’ kan sales secara automatik tanpa perlu anda whatsapp satu-persatu prospek.

Selain itu, Coach Kimie ada kongsi juga 1 tips iaitu headline yang power akan buat orang lagi tertarik. Dan yang paling utama anda mesti highlight kan ‘masalah’. Jadi cuba kenalpasti apa ‘masalah’ yang produk anda boleh selesaikan.

Contohnya untuk kes produk kecantikan tadi. Anda boleh buat ayat seperti ini :

“Hey…anda ada masalah kulit kusam? rasa tak confident nak pakai baju putih? kawan-kawan tempat kerja selalu ejak.. Guna la produk X dapat membantu menaikan aura seri wajah anda”

Satu tips lagi yang anda perlu ingat, orang beli ‘sebab emosi’ dan bukan sekadar produk. Jadi kalau anda pandai tackle emosi pembeli anda, sudah tentu ramai yang berminat untuk mendapatkan produk anda.

Okay sekarang anda dah tahu ayat apa nak guna dan dah ada iklan, so sekarang anda mesti kena ada website untuk orang membeli. Betul tak? Tapi kita sedia maklum nak buat ni bukan senang, kene ada kemahiran teknikal kene upah orang. Dan dah tentu kene bayar mahal. Tapi anda jangan risau kerana SaleSkip boleh bantu anda membuat website jualan dengan mudah hanya dalam 10 minit sahaja setup, dan terus boleh publish!

Gambar Website Jualan Yang Tuan Amir (Pengguna Saleskip) Bina Dengan SaleSkip..

Haa cuba anda bayangkan kalau sambil tidur pun anda boleh buat jualan, tanpa perlu reply whatsapp customer. Best kan? Biasa anda mungkin hanya dapat followup 50 orang sahaja sehari. Tapi kalau ada website anda boleh dapat banyak sales lagi dan paling best ia belaku secara automatik je.

Website dah settle, tapi Coach Kimie cakap ada lagi satu rahsia untuk lipat kali ganda kan jualan anda. Haa nak tau tak apa?

Langkah 3:

Teknik 'Upsell' Sebelum Checkout

“Upsell dalam kata yang mudah ialah kita bagi offer betul-betul sebelum pelanggan nak bayar untuk lengkapkan pembelian”

Dan fakta menarik yang anda mungkin tak tau, syarikat besar McDonald (McD) pun guna teknik upsell ni tau. Dan mereka berjaya buat sales berjuta hanya dengan buat upsell untuk add-on order sahaja. Bayangkan dengan sekadar tanya “cik nak tambah set Large ke?” boleh bantu jana bisnes mereka hampir puluhan juta!

Okay, menarik tak teknik upsell ni? Ramai yang tak tau upsell akan bantu unutk tingkatkan lagi jualan anda. Tapi pastikan upsell anda berikan tu berkaitan la dengan apa yang anda jual, jangan pula, anda jual tudung tiba-tiba bagi hadiah percuma pencuci baju, macam tak kena kan? Jadi pastikan apa yang anda nak upsell tu bersesuaian dengan produk anda tau!

Contoh upsell yang anda boleh buat dengan SaleSkip!

#Fun Fact
Testimoni sebenar pengguna SaleSkip telah menggunakan teknik upsell ini dan beliau dapat 30% daripada sales yang mereka dapat adalah daripada produk upsell. Jadi terbukti la teknik ini berkesan kerana Mac donald pon boleh buat sales berjuta-juta dengan hanya tanya anda nak “add-on” tak?

Dan yang paling best dalam SaleSkip kami dah sediakan fungsi Upsell ni jadi anda tak perlu pening-pening sebab semua nya kami dah sediakan untuk anda tau!

Langkah 4

Tinggikan 'Kadar response' dengan automasikan Followup

Setuju tak kalau kami cakap ramai orang fail bahagian nak follow-up customer. Sebab ramai peniaga yang lambat follow up, last-last pelanggan tak jadi beli. Semua ni jadi disebabkan anda tak mampu nak reply banyak whatsapp sekaaligus dalam satu masa.

Anda nak tak sistem automatik seperti team sales follow-up customer?
Coach Kimie kongsikan ada setengah pelanggan tak jadi beli bukan sebab tiada duit, tapi mungkin sebab dia tak percaya pada produk anda. Jadi kalau kes macam ini berlaku, bagaimana anda nak tau? So apa yang coach kimie suggest adalah anda perlu follow-up cepat-cepat!

Bayangkan, samada pembelian yang berjaya atau tak berjaya, saleskip boleh bantu hantar email follow-up secara automatik. Bukan ke jadi lagi mudah kerja anda? Dah tak perlu beli software mahal-mahal untuk follow-up customer sebab SaleSkip dan bantu semua dengan mudah dan cepat.

“So anda dah skrol dari atas sampai bawah kan, anda belajar sesuatu tak? ”

Kalau anda masih kurang jelas, biar saya bantu simpulkan dengan mudah ‘4 langkah’ yang anda boleh buat hari ini untuk tingkatkan jualan di Facebook seperti yang telah dikongsikan oleh Coach Kimie!

Pertama sekali, kemaskini iklan Facebook anda hari ini dengan menggunakan ‘Teknik 3M’ untuk tarik lagi ramai pelanggan baru masuk ke website

Kedua, gunakan website jualan sebagai ‘robot sales assistant’ untuk automasikan proses penjualan. Tak perlu layan PM satu persatu di WhatsApp dah. Guna saleskip je lagi senang, ibarat ada ‘sales assistant’ berkerja 24 jam! 

Ketiga, tinggikan jualan anda dengan guna ‘teknik upsell‘ yang digunapakai oleh syarikat besae McDonald dengan offer ‘something’ sebelum pelanggan buat keputusan untuk membeli! 

 

Keempat, kurangkan kerja manual dengan automasikan proses follow-up pelanggan. Kalau nak mudah, biar je SaleSkip hantarkan email pada setiap pembelian yang berjaya atau gagal. Haa, barulah lena anda tidur malam selepas ni, sales boleh masuk secara automatik walaupun tengah berdengkur!

Jadi lepas kami dah kongsikan teknik A to Z cara berkesan untuk buat iklan. Pastikan anda buat tau!

Jadi kepada sesiapa yang belum tengok live FB untuk tajuk ni, anda boleh ulang tayang balik rakan Live SaleSkip

Kepada yang masih belum register boleh daftar 14 hari trial percuma di sini!

Saya harap perkongsian pada kali ini dapat membantu anda untuk tahu bagaimana teknik yang betul untuk buat iklan di facebook. Ingat tuan/puan, “It’s not what we do, but how we do it”. All the best guys! Jumpa lagi dalam blog akan datang.