Apa itu Facebook Pixel?
Facebook Pixel ialah alat analisis yang membolehkan anda mengukur keberkesanan iklan anda dengan mengetahui bagaimana tindakan yang diambil oleh orang yang masuk ke dalam website anda.
Anda boleh gunakan pixel untuk:
- Pastikan iklan anda ditunjukkan kepada orang yang tepat. Anda akan dapat pelanggan baru atau orang yang telah visit page tertentu atau telah melawat masuk ke dalam website anda.
- Dapat lebih banyak jualan. Set up bidaan automatik untuk mencapai orang yang berkemungkinan akan membuat pembelian.
- Ukur hasil iklan anda. Anda dapat lebih memahami kesan iklan anda dengan mengukur apa yang terjadi apabila orang melihat iklan anda.
Sebaik sahaja anda set-up FB pixel, pixel itu akan menyala apabila seseorang take action dalam website anda. Contoh tindakan termasuk menambahkan item pada shopping basket mereka atau membuat pembelian. Tindakan ini anda boleh lihat pada Facebook pixel page dalam Event Manager. Anda juga mempunyai pilihan untuk mencapai semula pelanggan menerusi iklan Facebook akan datang.
Cara nak buat dan install Facebook Pixel
Jadi disini kami akan terangkan cara untuk membuat Facebook Pixel
Sebelum kita mula, Pastikan :
- Anda ada website untuk bisnes anda dan sudah create order form dalam Saleskip
- Anda dapat update kod website anda
1. Cipta Facebook pixel
1) Pergi ke Pixels tab dalam Events Manager.
2) Klik Create a Pixel.
3) Baca bagaimana pixel berfungsi, kemudian klik Continue.
4) Letakkan nama untuk Pixel Name.
5) Masukan URL website untuk semak pilihan set-up yang mudah.
6) Tekan Continue.
2. Tambah Facebook ID pixel ke dalam Order Form
Copy Pixel ID dalam kotak merah ini
kemudian anda boleh copy dan paste Pixel ID anda ke dalam Order form anda :
Dan step terakhir jangan lupa tekan “Update & Publish” untuk save setting yang anda telah setup.
Dan Siap ! Sekarang Order form anda sudah dihubungkan dengan Facebook Ads Manager.