Pernah tak anda terfikir kalau satu hari nanti tiba-tiba Facebook sudah tidak boleh digunakkan? Jadi apa akan berlaku pada database dan contact pelanggan anda? Kalau platform media sosial adalah tempat utama anda untuk dapatkan pelanggan baru, adakah anda ada backup segala maklumat mereka?
Anda memang boleh buat akaun Facebook, Instagram, atau Twitter secara percuma dan dengan serta-merta mengakses hampir 3 bilion orang. Lebih mudah daripada buka website pertama bisnes anda.
Oleh kerana platform media sosial terus berkembang dengan populariti, ruang iklan dan perniagaan menjadi semakin sesak dan ‘competitive’, dan anda akan kurang mendapat trafik percuma. Yang paling teruk, data dan segala informasi di facebook bukanlah milik anda, tetapi milik Facebook. Jadi apa akan jadi kalau suatu hari nnti Facebook sudah dimatikan? adakah data-data anda akan hilang sekali?
Jom Farha kongsikan bagaimana cara backup data anda dari media sosial.
4 cara untuk mendapatkan kawalan balik
1. Jadikan data media social sebagai milik anda
Adakah platform memegang hak untuk semua data yang ada atau di profil?
Bolehkah orang lain mengakses data anda tanpa kebenaran anda? Bolehkah data anda dijual kepada orang lain dan digunakan dalam persaingan langsung perniagaan anda?
Buat tindakan secepat mungkin, jika perlu, tukar atau tinggalkan mana-mana platform yang gunakan data anda seperti data mereka sendiri. Sekurang-kurangnya, anda membataskan penggunaan platform dan pastikan anda mempunyai senarai contact berasingan untuk database anda. Pastikan anda membuat keuntungan bisnes anda sendiri dan bukan hanya bergantung kepada platform media sosial yang anda gunakan. Jangan jadikan media sosial sebagai sumber utama anda menyimpan database pelanggan anda. Pastikan ada backup ditempat lain selain dari media sosial anda. Rekod database anda contoh didalam sistem CRM, google drive yang lebih terjamin privasi data anda.
2. Utamakan e-mel dan nombor telefon
Followers, views, dan likes anda tidak bermakna jika anda tidak dapatkan makluamt mereka. Anda boleh mengambil nombor telefon dan alamat e-mel direct dari media sosial yang anda gunakan. Untuk mengelakkan data hilang, anda boleh gunakan maklumat ini untuk buat marketing digital yang lebih berkesan, seperti e-mel dan no. telefon.
3. Buat marketing research anda sendiri.
Pemasaran mulut-ke-mulut dan e-mel adalah cara yang lebih baik untuk mencapai pelanggan daripada media sosial atau e-mel. Tapi tak semestinya sesuai untuk setiap perniagaan. Buat marketing research anda sendiri. Data yang disediakan oleh media sosial dan platform pengiklanan lain mungkin mengelirukan.
Di dalam platform CRM, anda boleh track saluran pemasaran yang mana membawa kadar penukaran bagi setiap saluran, dan saluran mana yang mempunyai ROI tertinggi. Jika anda benar-benar memiliki data audience anda, anda boleh menggunakannya untuk target setiap strategi marketing anda secara berkesan.
4. Jangan jadikan media sosial sebagai sumber utama untuk simpan data.
Semasa anda buat research sendiri anda mungkin dapat rasa banyak kelebihan yang anda dapat daripada iklan di media sosial. Jika ya, simpan strategi, tetapkan target untuk media sosial page, dan jangan bergantung pada itu sebagai sumber utama anda atau kenalan aundience.
Sebagai contoh, jika matlamat anda adalah untuk menaikkan brand anda daripada mendapatkan database baru, anda boleh spend beberapa jam setiap bulan untuk update media sosial anda. Upload post terbaru, dengan content yang segar secara rutin dan balas dengan segera kepada komen dan mesej yang diterima.
Kesimpulannya anda memang akan rasa puas dapat lihat perkembangan media sosial perniagaan anda dengan segera, akan tetapi jangan tertipu. Jika anda tidak memiliki data anda sendiri, anda berada di platform yang tidak selamat. Kalau anda sudah ada database, lebih anda simpa di tempat lain sebagai backup. Sekurang-kurangnya data lebih selamat dan terjamin.