Kalau anda pemilik peniagaan kecil, mesti anda tahu bertapa pentingnya untuk menjaga hubungan dengan pelanggan anda. Jadi dengan adanya CRM (customer relationship management) “pengurusan hubungan pelanggan” sistem ini dapat membantu anda memudahkan kerja untuk menjaga hubungan dengan kesemua pelanggan anda. CRM memang sudah popular di luar negara tapi ia masih kurang dikenali di Malaysia. Biasanya hanya syarikat-syarikat besar sahaja yang tahu tentang sistem CRM.
Sistem CRM adalah sangat penting untuk team sales anda. Ia dapat mudahkan kerja anda dan maksimumkan tugas dalam sehari. Ia juga dapat tingkatkan produktiviti sales bisnes anda. Jom saya kongsikan lagi mengapa CRM penting untuk anda gunakan.
1. Ruang simpanan yang selamat
CRM membantu anda untuk simpan semua contact pelanggan anda, aktiviti jualan dan pelan berjadual dengan selamat dan di satu tempat, dan mempunyai akses tanpa gangguan kepada pangkalan data dari pelbagai lokasi. Anda perlu yakin data anda tidak akan hilang.
2. Rancang dan urus masa seperti pro
CRM membantu anda optimumkan jadual harian dan utamakan tugas untuk memastikan pelanggan tak diabaikan dan prospek utama dihubungi tepat pada waktunya. Malah, CRM membolehkan anda habiskan lebih banyak masa dengan pelanggan, yang membawa kepada lebih banyak sales dan database yang lebih kukuh.
3. Aktiviti report? – Tak perlu pening dah!
CRM membantu anda dengan mudah menyediakan report mingguan atau bulanan untuk pengurusan. Proses ini adalah automatik dan telus, dan dengan satu klik boleh beritahu orang lain mengenai apa yang sedang dalam proses jualan anda.
4. Kekal up-to-date dengan keadaan semasa
Dalam CRM anda boleh share kalendar, templat dokumen dan integrasi e-mel, menyatukan semua team dan memastikan setiap orang sentiasa up-to-date. Perkongsian proses jualan membolehkan team sales dapat melihat apa yang paling berkesan. CRM juga meningkatkan komunikasi antara team sales dan pengurus jualan.
5. Dapat tahu waktu yang tepat untuk contact pelanggan anda
Dengan track semua komunikasi dengan pelanggan, CRM boleh bantu anda tahu bila waktu yang tepat pelanggan perlu dihubungi; sebagai contoh, untuk penggantian produk, pembaharuan kontrak, atau untuk upsell kepada produk atau perkhidmatan baru. Ini semua meningkatkan peluang anda untuk close sale.
6. Selaraskan prosess jualan anda
CRM membantu menyelaraskan keseluruhan kitaran jualan, yang membantu close sale dalam saluran jualan anda dan membantu semua orang dalam team sales untuk capai target lebih cepat. Semua pesanan dan penyediaan content adalah automatik di CRM, team sales dapat mengurangkan kos pengeluaran dan tingkatkan sales.
7. Ketahui kehendak pelanggan anda
Oleh kerana semua data yang berkaitan dengan pelanggan disimpan dalam CRM, ia membantu anda untuk analisis keperluan pelanggan dan selesaikan masalah mereka – semuanya pada masa yang tepat. Semua ini meningkatkan kepuasan pelanggan dan memastikan kesetiaan, serta margin keuntungan yang lebih tinggi.
8. Kurangkan tugas admin
CRM membantu majoriti tugas admin dengan mengurangkan dan bahkan hapuskan kerja-kerja manual yang mengambil banyak masa, tetapi menghasilkan keuntungan yang sedikit. CRM menyimpan butiran produk dan harga, memberi peringatan untuk aktiviti, dan mendapat jualan menerusi langkah saluran jualan secara berturut-turut.
9. Jimat wang
Walaupun sistem CRM tidak murah, mereka sebenarnya membantu anda menjimatkan wang anda!
CRM dapat pengurangan kesilapan (contohnya, dalam pesanan atau sebut harga). Usaha dan kos yang berkaitan dengan membetulkan kesalahan tersebut mungkin lebih tinggi. Setiap maklumat baru boleh disimpan dengan selamat di dalam sistem.
Kesimpulannya, jika anda gunakan CRM dengan cara yang betul, anda dapat boost sales anda ke tahap maximum! 3 area yang amat kritikal perlu anda fokus dalam CRM adalah :
- Mudahkan untuk search, sort dan kualiti leads
- Senang nak follow-up pelanggan secara sistematik dan pada waktu yang tepat
- Cepat mencapai target
CRM memang boleh membantu anda namun, ia tidak akan berhasil tanpa usaha dan pemahaman daripada anda sendiri. Anda perlu faham bahawa CRM ada pusat kepada kejayaan anda. Anda juga perlu selarikan kerja dan aktiviti sales anda untuk memberikan hasil kerja yang efektif.