8 Cara Kembangkan Marketing Plan Anda pada tahun 2020

Untuk menjayakan marketing anda pada 2020, anda perlu gunakan idea yang baru dan fresh untuk menaikkan brand anda. Setiap company pasti akan mulakan tahun baru dengan melancarkan strategi marketing plan yang baru. Jadi jika anda mahukan idea yang fresh pada tahun ini, anda boleh ikut step yang saya akan share dibawah :

1.   Lebihkan exposure di Media sosial

Mulakan tahun baru anda dengan mengemaskini media sosial anda. Adakah anda invest dalam platform yang perlukan ramai audience? Cuba masuk ke channel baru seperti LinkedIn. Untuk exposure jenama anda. Kalau anda rasa struggle dengan online marketing, better invest dalam pengurusan sosial media untuk tingkatkan branding.

Tahun yang baru juga adalah masa yang bagus untuk anda cuba buat content yang baru, fresh, berlainan atau perkara yang anda tak pernah buat sebelum ini. Kalau anda ada buat ads di dalam platform sosial media, anda boleh kaji corak audiences anda untuk maximize kos marketing anda.

2. Cari Partner

Saya tahu memang susah nak buat bisnes, terutama untuk bisnes yang kecil. Tapi saya ada berita baik, sebab anda tidak akan struggle sorang-sorang. Cari partner dengan bisnes lain dan lancarkan plan marketing program bersama. Buat kolaborasi kempen yang membantu anda dapat audience yang baru.

Jika anda tak jumpa kata sepakat, anda boleh buat perjanjian untuk membantu kedua-dua syarikat mendapat manfaat masing-masing. Hubungan B2B (business-to-business) dapat membawa kepada banyak peluang-peluang baru untuk bisnes anda.

3. Tunjukkan kepakaran anda

Anda jual produk atau menawarkan service, kedua-duanya ada nilai yang baik untuk pelanggan dan perniagaan lain. Ambil tahu tentang industri untuk menjadi pakar dalam bidang anda dan meningkatkan kesedaran untuk jenama anda.

Dari buat webinar umum ataupun buat blog, anda boleh buat content yang membuktikan anda dan jenama anda sebagai pihak paling berkuasa di pasaran. Sesetengah perniagaan juga telah berjaya menjadi sumber yang baik untuk wartawan melalui akhbar, iklan online, papan billboard, dsb.

4. Bina Blog yang lebih baik

Ia juga mungkin boleh jadi satu pembaziran kalau anda tak manfaatkan penggunaan blog, yang boleh meningkatkan orang ramai klik dan buka website anda didalam Google. Anda perlu merangka jadual untuk artikel baru. Tapi anda mesti ingat daripada tambah banyak artikel pastikan anda tambahbaik blog yang lama dan menyempurnakan artikel blog anda yang ada tahun ini.

Mengendalikan audit SEO (search engine optimization) untuk menghapus sebarang pautan mati dan mengenal pasti kandungan yang memerlukan semakan semula. Tulis semula artikel yang relevan dan popular dengan SEO yang baik, berhati-hati untuk memasukkan kata kunci ke dalam tajuk anda. Dan akhir sekali, pastikan blog anda mobile-frienidly, cepat dibuka, tak loading dan edit setiap artikel untuk tingkatkan ramai orang membaca.

5. “Find Your Voice”

Nasihat ini berbunyi metafora, tetapi “Find Your Voice” yang dimaksudkan untuk menjadi lebih menonjol. Buat content online yang seronok dengan brand anda. Buat video dan kandungan audio supaya pelanggan anda tercari-cari. Jadi mulakan lah melabur dalam membuat tutorial video, memulakan podcast, atau eksperimen dengan live streaming di media sosial seperti FB live & IG-live.

Kalau anda tiada kos yang banyak atau tenaga kerja untuk buat, anda boleh panggil influencer, public figure yang terkenal untuk berkolaborasi dengan anda untuk join anda punya podcast. Ia bukan sahaja membantu anda dapat audience baru tetapi juga memberi anda dapat iklankan percuma peniagaan anda.

6.  Dapatkan feedback/testimoni pelanggan anda

Satu benda yang advance dengan teknologi sekarang adalah lebih mudah berbanding sebelum ini nak dapatkan feedback/testimoni untuk produk atau perkhidmatan secara online. Cuma ada kelemahan untuk perniaga kecil, kerana dengan satu feedback yang buruk boleh tenggelamkan review anda. Tambahbaik customer service anda lebih baik tahun ini, dalam online yang menunjukkan anda peduli. Respond reviews pelanggan anda termasuk testimoni di dalam website anda. Jika anda aktif dalam online platform  dapat membantu tingkatkan rating SEO anda. 

7. Kembangkan bisnes anda

Untuk kembang bisnes anda perlu bersaing di pasaran semasa, anda perlu pertimbangkan untuk buat produk atau perkhidmatan baru yang boleh anda tawarkan kepada pelanggan. Produk baru ini mampu melengkapkan perniagaan anda yang sedia ada dan menarik audience baru. Jadi anda perlu melakukan sedikit marketing research terlebih dahulu sebelum melakukannya. Produk atau perkhidmatan anda yang sedia ada mempunyai aplikasi B2B yang berharga.

Kemungkinan besar mengembangkan perniagaan anda memerlukan modal atau pelaburan yang banyak. Jika perniagaan anda tidak mempunyai aliran tunai untuk menyokong pelancaran produk, anda boleh membuat pinjaman perniagaan kecil mungkin merupakan strategi yang tepat untuk membiayai usaha baru anda sehingga ia berhasil.

8. Personalize data anda

Apa yang anda tahu tentang audience anda? Kaji demografi, trend, dan tingkah laku pengguna supaya dapat melancarkan strategi pemasaran anda pada tahun ini. Banyak platform online yang anda boleh gunakan untuk mengumpul data berharga dan anda boleh memanfaatkan, dari Google Analytics ke Facebook.

Menggunakan Google Analytics anda dapat mengenali pengguna dan membolehkan anda personalize dan automate kan komunikasi dengan pelanggan anda. Kajian menunjukkan jika anda membuat perjalanan pelanggan yang unik dan responsif boleh menjadi rahsia orang akan kekal setia dengan brand anda.

Diharapkan dengan perkongsian saya ini anda dapat gunakan dan aplikasikan dalam marketing plan anda untuk tahun 2020. Good-luck!

 

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Most Popular

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.