7 Kelebihan Landing Page

Landing page adalah page yang membantu anda untuk mendapatkan pelanggan baru ke dalam page yang anda buat. Funnel landing page adalah daripada link yang prospek anda klik seperti di dalam email, posting sosial media atau daripada iklan Facebook anda. Landing page dapat menarik pengguna untuk mengisi maklumat mereka untuk mendapatkan produk anda.

Anda mungkin terfikir apa beza antara website dan landing page. Tak cukup ke jika ada website yang menarik customer ke dalam bisnes anda? Sudah tentu website memang merupakan platform utama. Tetapi website ada tujuan lain yang boleh anda gunakan contohnya seperti sediakan detail produk, kongsikan case studies, blog dll. Website yang baik direka untuk mendapatkan tindakan daripada pelanggan anda. Dan sebab itulah berbeza dengan landing pages.

Jadi hari ini saya nak share 7 kelebihan kenapa anda perlu buat Landing Page.

1. Landing page membantu memcapai Goal bisnes anda

Salah satu kelebihan utama landing page ialah dapat membantu mencapai matlamat perniagaan anda seperti mendapatkan niche market yang baru, mempromosikan produk baru, mendapatkan pelanggan baru, atau closing lebih banyak jualan. Landing page memberi manfaat kepada perniagaan anda kerana ianya dapat memenuhi matlamat tertentu yang anda target kan, dan membolehkan anda mengukur keberkesanan matlamat tersebut.

Direka untuk tindakan spesifik yang boleh disesuaikan bagi memenuhi matlamat perniagaan anda, Landing page boleh mendorong orang untuk mengambil tindakan seperti mendaftar dan berikan maklumat database mereka, melanggan newsletter anda, membuat pembelian, atau meminta konsultasi.

2. Landing page meningkatkan Conversion rate anda

Sama seperti laman web anda ada maklumat yang boleh mempengaruhi keputusan pengunjung untuk take action, landing page yang baik dapat melakukan perkara yang sama. Landing page tetapkan tindakan yang jelas untuk pengguna buat dan menjadikannya semudah mungkin bagi mereka untuk mengambil tindakan itu. Ini dikenali sebagai call to action. Selepas itu, anda akan lihat lebih banyak tindakan yang diambil (juga dikenali sebagai conversion). Landing page memberi manfaat kepada perniagaan anda kerana lebih banyak conversion biasanya membawa kepada lebih banyak pelanggan dan lebih sales untuk perniagaan anda.

3. Dapatkan database dan Insights dengan mudah

Bila anda buat link landing page spesifik kempen, isi kempen, tindakan atau sumber, anda akan lihat channel yang mana dapat memberikan lebih banyak lead, topik apa yang paling orang ramai nak baca, offer apa yang menarik, dan kempen mana yang paling tinggi conversion rate. Kalau anda dapat track tingkah laku pengguna itu adalah landing page yang dapat tingkatkan nilai produk anda. Insight dapat membantu anda memperbaiki pengetahuan anda tentang target audience dan strategi kempen anda, dan meningkatkan keberkesanan secara keseluruhan.

Di samping itu, jika landing page anda mempunyai form, anda boleh menggunakan maklumat yang diminta dalam form tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelanggan anda, seperti kesukaran mereka, tarikh dan masa pilihan mereka untuk konsultasi, atau maklumat khusus yang mereka nak tahu.

4. Dapat tingkatkan carian berbayar

Search Engine Marketing (SEM) atau carian kempen berbayar yang berjaya bergantung kepada berapa ramai yang akan klik, dan bilangan klik itu dipengaruhi oleh landing page. Contohnya, anda gunakan SEM kempen supaya bila orang membuat carian di google menaip “baju murah” dalam search engine. Link iklan website kemungkinan adalah website anda. Tetapi ia hanya dapat buat pelanggan klik sahaja website anda. Tetapi jika anda menggunakan Landing page, anda boleh dapatkan database baru dan maklumat mereka berbanding dengan orang yang cuma lawat website anda.

Landing page dibuat untuk kempen iklan, akan membawa orang yang berminat ke website anda. Pada halaman ini, mereka hanya akan mencari info apa yang mereka berminat sahaja, meningkatkan kemungkinan bahawa mereka akan order produk anda anda atau mengisi borang, dan menjadi pelanggan baru anda. Jika iklan anda ke laman utama website anda, pelawat anda mungkin tersesat dalam maklumat lain atau pautan lain, membuat mereka kurang berminat untuk menghubungi anda atau menjadi pelanggan anda.

5. Landing page tambahkan List Email

Landing page biasanya digunakan untuk mendapatkan database baru, yang bermaksud kalau anda dapat panggilan telefon atau orang membuat tempahan produk anda dan berminat kemudiannya menjadi pelanggan baru anda. Oleh itu, landing page mungkin mengandungi beberapa maklumat seperti meminta maklumat pengguna, seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon atau syarikat. Sekiranya anda menggunakan borang di landing page, anda yang meminta e-mel, maka anda dapat menguntungkan perniagaan anda dengan mengembangkan email marketing.

Apabila mereka mengisi borang, anda boleh membuat button “opt-in” di mana mereka boleh meminta untuk menerima e-mel dan offer dari anda. Anda boleh menambah pengguna yang memilih ini ke senarai e-mel anda dan menghantar newsletter, pengumuman, jualan, dan promosi (yang akan menghubungkan ke lebih banyak landing page lain!)

6. Landing page tingkatkan kredibiliti

Oleh kerana landing page fokus pada satu tugas, objektif, anda dapat optimumkan kandungan dan elemen landing page untuk memudahkan tugas sebanyak mungkin. Apabila pengguna berasa seperti tindakan mereka jelas dan anda membantu mereka untuk mencapai tindakan itu, mereka rasa seperti anda memahami masalah mereka dan telah memikirkan jalan penyelesaian untuk masalah yang mereka hadapi.

Cara lain untuk mendapat kredibiliti landing page adalah dengan memasukkan testimoni pada landing page untuk produk atau perkhidmatan anda. Dengan menunjukkan kejayaan yang dimiliki orang lain dengan produk atau perkhidmatan, ia dapat membantu pelanggan merasa lebih selamat dengan keputusan mereka untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan anda.

7. Landing page naikkan Brand anda untuk lebih dikenali

Apabila mereka design landing page anda, adalah penting untuk menitikberatkan dari segi style, format yang tidak terlalu formal dan menarik perhatian pelanggan anda. Landing page dan branding yang konsisten adalah cara tambahan untuk meningkatkan jenama dalam pemasaran. Ini akan memberi manfaat kepada perniagaan anda dengan meningkatkan konsistensi penjenamaan anda melalui pelbagai bentuk media, dan memberi pengguna lebih banyak peluang untuk mengenali dan melibatkan diri dengan jenama anda. Apabila seseorang masuk ke landing page anda, mereka akan lebih mengenali brand anda dan lebih cenderung mengenali perniagaan anda sekali lagi. Oleh kerana pelanggan lebih suka buat pembelian atau menggunakan perkhidmatan dari brand yang mereka tahu, penting untuk memastikan mereka ingat anda.

Kesimpulan

Landing page bertujuan untuk memudahkan tindakan spesifik yang anda mahu pengguna ambil dan berhubung dengan objektif perniagaan anda. Ianya membantu meningkatkan hubungan dengan pelanggan dan menjayakan kempen marketing anda. Diharapkan apa yang kongsikan hari ini dapat membantu meningkatkan sales anda. Cuba gunakan satu dalam kempen seterusnya dan lihat hasilnya sendiri! Btw dalam Saleskip kami ada sediakan Landing Page untuk anda gunakan, kami dah sediakan template anda just isi sahaja 5 minit dah siap! Untuk maklumat lanjut klik link ini ya –> https://saleskip.com/

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Most Popular

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Scroll to Top