Anda mesti ada TOP list pelanggan anda, betul tak? Anda mesti nak kukuhkan hubungan dengan mereka dan pastikan mereka menjadi pelanggan setia anda – tetapi bagaimana anda boleh melakukannya tanpa membuat mereka rasa kurang senang?
Jom saya nak kongsi cara baru dan menarik untuk melayan pelanggan anda seperti orang yang sangat penting. Semakin banyak anda memberi, semakin ramai pelanggan akan menghargai dan datang balik untuk repeat order dengan anda (dan mungkin membawa kenalan mereka juga).
Ada banyak cara kreatif nak buat pelanggan rasa istimewa. Antaranya:
- Buat program loyalty: jika mereka membeli 5 barang, mereka akan dapat percuma ke-6! Buy 5, free 1!
- Buat program referral: Untuk setiap referral yang mereka bawa, mereka dapat 10%-off ke atas pembelian seterusnya (dan referral mereka mendapatkan sampel percuma).
- Bagi “Thank You” kad dengan tulisan tangan: pastikan anda masukkan diskaun di dalam kad itu!
- Biar mereka lock harga tahun ini untuk tahun depan: jika mereka menempah semula sebelum tarikh tertentu, mereka mendapat harga istimewa.
- Buat “newsletter” : termasuk tawaran istimewa dan diskaun hanya kepada VIP sahaja.
- Mengadakan event khas untuk VIP : hanya pelanggan VIP sahaja yang dijemput!
- Bagi hadiah : Berikan voucher/kupon promosi khas kepada pelanggan VIP anda.
Sekiranya anda mempunyai masa yang singkat, mulakan dengan program loyalty atau referral
Fikirkan sesuatu yang anda boleh memberi hadiah VIP dengan itu akan menggalakkan hubungan jangka panjang. Berikut adalah beberapa contoh:
Kalau anda tawarkan produk kos rendah yang pelanggan akan kerap order, anda boleh cuba guna teknik “beli 5 percuma 1”. Kedai seperti kafe atau panggung wayang selalu buat teknik ini (anda boleh ingat berapa kerap anda pergi ke Starbucks sekarang dan mereka akan bagi anda bintang apabila anda membeli minuman kegemaran anda). Dengan teknik ini anda dapat galakkan lagi orang ramai untuk mendapatkan pelbagai jenis produk dan menerima faedah (ini antara sebab kenapa Starbucks mempunyai model “hotspot” sekarang).
Jika anda offer service/produk yang lebih mahal, anda boleh buat add-on. Contohnya, saya ada langgan pakej spa secara bulanan. Dan disebabkan saya akan pergi ke spa itu sebulan sekali, (yang mana mereka dapat manfaat bulanan daripada langganan saya), saya dapat aromatherapy treatment dan minuman special untuk setiap servis. Walaupun spa tersebut akan mengeluarkan kos lebih untuk setiap kali pelanggan datang tapi mereka akan dapat lebih keuntungan sebab pelanggan akan datang 1 bulan, 1 kali sahaja.
Perlu diingatkan, walaupun anda sudah ada program loyalty, tapi sebenarnya anda perlu cipta lebih banyak servis yang belum pernah anda tawarkan sebelum ini.
Sebagai permulaan anda boleh email kepada MIP (most important person) dan beritahu mereka yang ada ada membuat program loyalty yang baru :
“Hi VIP! Terima kasih kerana menjadi pelanggan yang awesome! Kami nak jadikan anda antara orang pertama untuk join program loyalty kami yang baru. Bermula daripada hari ini, untuk setiap X pembelian anda, kami akan berikan Y secara percuma. Memandangkan anda telah membeli X daripada kami minggu lepas, jadi kami akan berikan Y secara percuma kepada anda sekarang! Anda boleh tebus hadiah percuma dalam 30 hari dari sekarang.
Beritahu kami ya jika anda berminat untuk menyertainya dan boleh tinggalkan feedback anda! Kami amat menghargai dan tak sabar nak beri lebih banyak promosi kepada anda dimasa akan datang :)”
Jadi menarik tak tips yang saya berikan ini? Apapun saya harap anda dapat aplikasikan tips yang saya berikan supaya dapat membantu bisnes anda kerana pelanggan adalah keutamaan kita. Amatlah penting untuk kita jaga hubungan kita dengan pelanggan supaya mereka akan menjadi pelanggan setia kita untuk jangka masa yang panjang.