Apa itu Email Marketing?
Dalam erti kata yang mudah, menghantar email untuk promosi produk atau servis anda itu dipanggil sebagai email marketing. Tetapi ia bukan sekadar promosi. Email marketing bermula dengan hubungan anda bersama prospek yang berpotensi menjadi pelanggan anda, dan untuk menjayakan perkara ini, ia harus bermula dengan masa dan usaha anda untuk mendekati prospek anda.
Ia memerlukan komunikasi untuk memahami klien anda, jadi anda harus respon mereka dengan apa yang mereka nak tahu tentang produk atau servis anda.
Jadi hari ini saya nak share 5 Tips Email marketing yang berkesan untuk bisnes anda :
1. Buat tajuk email yang gempak dan menimbulkan rasa ingin tahu
Jika anda ingin pelanggan anda tertarik dan buka email anda. Tajuk email memainkan peranan paling penting untuk tarik perhatian mereka. Kalau tajuk email anda boring, orang pun tak berminat untuk membuka dan membaca kandungannya. Akibatnya, email anda akan tetap tidak dibuka atau masuk ke dalam folder spam selepas beberapa hari.
Untuk mempunyai kadar orang membuka e-mel yang tinggi, pastikan tajuk email menarik dan membuat orang ingin tahu untuk membukanya, tetapi pada masa yang sama, ia tidak boleh samar-samar atau mengelirukan seperti sekadar untuk click-bait sahaja.
2. Tonjolkan kretiviti dalam Content Email anda
Tugas anda tidak berakhir sekadar membuat mereka membuka email anda dengan tajuk yang gempak. Content/isi email juga sama penting. Kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Jika content anda tidak menarik, tajuk email anda tidak bermakna dan akan menjadi sia-sia.
Bayangkan, jika orang dah tertarik dengan tajuk email dan membuka email dengan harapan content nya juga menarik sama seperti tajuk, tapi bila mereka baca, email itu membosankan.
Apa kesannya? First, anda akan mendapat kadar klik yang rendah. Kedua, mereka mungkin akan unsubscribe email anda. Ketiga mereka pasti tidak akan tertipu dengan tajuk email anda pada masa akan datang.
Untuk membuat content yang awesome, pastikan ayat itu menarik dan tidak membosankan. Tulis dengan ayat yang simple dan orang senang faham. Kekal ikut flow yang betul dan tambah sedikit element jenaka/gurauan supaya orang terhibur bila membacanya. Ya betul, sebab kalau anda terlalu formal, orang akan kurang berminat untuk membaca. Copywriting mestilah lebih mesra dan menarik hati mereka.
3. Segmen kan Audience anda
Amat penting untuk and hantar email kepada audience yang sepatutnya daripada anda hanya hantar kepada orang secara random. Walaupon ia akan berguna pada sesetengah orang, tetapi ia juga boleh jadi totally tidak releven kepada orang lain. Ini tidak akan memberi good impression kesan yang baik malah kebanyakkannya akan membuatkan mereka unsubscribe email anda.
Jadi apa yang patut anda lakukan? Segmentasi adalah jawapannya! Segmenkan data email anda kepada kategori yang releven dan targetkan mereka mengikut susunan. Tak guna kalau hantar emal kepada prospek yang tidak berminat dengan email anda.
4. Jangan Spam
Pengguna email akan menerima pelbagai email dalam sehari. Dan tiada orang yang mempunyai banyak masa untuk buka setiap satu email tersebut. Jadi anda perlu had kan diri anda daripada menghantar email terlalu kerap. Jika anda kerap menghantar email setiap hari, ada kemungkinan besar email anda masuk ke dalam folder spam mereka.
Anda perlu faham mengapa orang subscribe email anda, mungkin mereka rasa ada sesuatu yang bernilai/bermakna dalam email anda. Kalau anda menghantui mereka dengan email, nila itu akan berkurang. Dan INGAT! Kualiti lebih penting daripada kuantiti. Limit kan kekerapan email anda dan kekalkan kualitinya.
5. Remove Subscriber yang tidak aktif
Saya pasti dalam senarai list subscriber anda, pasti ada subscriber yang tidak pernah respon pada email anda. Bahkan mereka tak pernah langsung buka pun email anda, apatah lagi membaca content yang anda hantar.
Jadi adalah lebih baik jika anda remove mereka daripada list anda. Saya yakin anda telah mencuba pelbagai cara untuk approach dan engage dengan mereka, tapi langsung tiada respon dari mereka. Dalam kes ini, jika subscriber anda tidak menunjukkan sebarang respon yang positif selepas 6 bulan atau 1 tahun (maksimum), anda boleh remove mereka dari list anda.
Kesimpulan
Kalau anda aplikasikan tips yang saya berikan secara konsisten, tak mustahil anda dapat menarik ramai pelanggan dan pelanggan sedia ada untuk kekal bersama anda. Anda dapat menjaga hubungan pelanggan mereka akan lebih percaya kepada produk/servis anda dan akan repeat order. In-shaa Allah.
Anda juga boleh cuba platform email broadcast kami. Klik link ini untuk mencuba –> https://saleskip.com/