Pernah tak anda klik link untuk beli produk online dan add order anda, tapi bila nak check out, kemungkinan anda tiba-tiba tak jadi beli dan cancel transaction dan tinggalkan maklumat pembayaran tergantung sepi macam itu sahaja. Term ini dipanggil sebagai Cart Abandonment.
Shopping cart abandonment menjadi satu kerisauan utama penjual online. Yelah, kalau anda sediakan platform untuk mereka membeli dan buat pembayaran sudah sepertinya anda nak mereka teruskan beli dan tak tinggalkan order form separuh jalan sahaja, betul tak?. Rugi rasanya kalau itu yang berlaku. Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Kalau anda buat kajian tentang behaviour pelanggan, pasti ia dapat membantu menggurangkan kadar cart abandonment ini.
Sebelum kita tahu tentang cara bagaimana nak kurangkan kadar cart abandonment, adalah lebih penting untuk kita tahu sebab kenapa isu ini berlaku. So saya listkan TOP 5 kesilapan eCommerce yang membawa kepada shopping cart abandonment.
1. Caj Tersembunyi.
Kalau sekali pandang kebanyakkan pelanggan mesti tak perasan jika ada caj tambahan dalam produk yang penjual buat. Caj tersembunyi ini termasuk kos penghantaran, transaction fees dan lain-lain. Kalau pelanggan nampak caj tersembunyi ni membuat mood pembeli yang awalnya semangat, bertukar jadi mereka berfikir semula berbaloi ke beli. Dan akhirnya tak jadi beli dan tinggalkan je order form tu. Sebab itu, anda perlu telus dan “be transparent” dengan pelanggan anda supaya mereka tak ubah fikiran pada last-last minute.
2. “Mandatory Sign-up” .
Tiada yang lebih mengecewakan dari proses wajib untuk sign-up semasa nak checkout. Orang memang akan mengelak kalau mereka perlu isi borang pendaftaran. Pelanggan biasanya lebih suka kalau senang nak checkout. Kalau anda letak halangan semasa nak checkout dan banyak step, automatik pelanggan akan giveup nak teruskan. Elak wajibkan mereka untuk isi maklumat yang panjang. Beri mereka kemudahan seperti social login, jadi tak perlulah mereka perlu isi form yang panjang.
3. Checkout page panjang berjela.
Checkout page paling penting dalam langkah untuk pelanggan confirm order mereka. Jika anda bijak optimumkan page itu, pasti dapat boost kan conversion jika tidak anda akan berhadapan dengan conversion rate yang menjunam jatuh.
Cuba buat checkout page anda se-simple yang mungkin. Saya sarankan anda untuk buat 1 page checkout jadi proses pelanggan nak beli jadi lebih mudah.
4. Kaedah pembayaran tak banyak.
Dengan adanya pelbagai kaedah pembayaran, dapat membantu pelanggan anda untuk buat pilihan kaedah pembayaran yang mana mereka mahukan. Tapi sayangnya kebanyakkan peniaga online tak banyak pilihan untuk kaedah pembayaran. Kalau pelanggan tak jumpa kaedah pembayaran yang mereka selasa, mereka akan exit dan cari produk yang sama dekat tempat lain.
Takkan anda nak biarkan kalau pelanggan anda dah nak buat order tapi tiba-tiba tak jadi order sebab tiada kaedah pembayaran yang mereka nak. Sediakan multiple payment options supaya pelanggan anda boleh pilih kaedah mana yang mereka selesa. Dan jangan lupa untuk tambah fungsi e-wallet macam app TNG e-wallet, Boost dll.
5. Kurang offer.
Biasanya orang yang suka beli online, mesti sebab nak dapat diskaun yang banyak. Dengan offer yang boleh jimat kalau beli banyak produk dalam 1 pembelian, sudah tentu pelanggan takkan fikir panjang untuk buat keputusan membelinya. Faktor utama yang menyumbang kepada pekembangan pasaran online adalah offer yang diterima oleh pelanggan secara harian melalui Email atau pop-ups. Sebab itulah, selalunya pelanggan akan terima baucar/diskaun dalam pembelian mereka. Untuk menarik pelanggan anda dengan offers yang anda ada, anda boleh menggunakan teknik “Spin and Win” atau “Exit popup” dalam e-commerce store anda.
Apa yang paling penting, anda perlu cari platform yang sesuai untuk bantu tingkatkan jualan anda dan kurangkan kadar Cart Abundance. 5 kesilapan ini mempengaruhi penjualan anda jika anda take-note dan ubah. Jadi saya harap perkongsian saya dapat bantu anda untuk tahu lebih sedikit sebanyak tentang sistem penjualan online dan behaviour pelanggan anda. Antara platform yang anda boleh gunakan termasuklah fungsi order page di Saleskip. Sila layari www.saleskip.com untuk mendaftar sekarang!