4 CRM yang buat team sales anda power

CRM sangat popular dan telah digunakan oleh syarikat besar terutama diluar negara. Cuma di Malaysia, hanya syarikat besar sahaja yang banyak terdedah kepada CRM. Jadi dengan panduan perbandingan ini saya harap boleh membantu anda memilih CRM yang berfungsi kepada syarikat anda.

1. Salesforce CRM

Starter: $25/mo = RM105.99/sebulan

Full package: $300/mo = RM1271.85/sebulan

Ciri-ciri penting : 

  • Boleh custom jalan kerja anda
  • Analisis data
  • Pengurusan lead marketing
  • Komunikasi sales team

Ringkasan: Salesforce adalah software yang memberikan penyelesaian platform kepada pengurusan lead dan fungsi CRM. Dengan Salesforce anda boleh lakukan semuanya: Daripada perjalanan pelanggan, gerak kerja, bina plugin application dan integrate dengan sistem anda yang sedia ada. Tapi anda perlu tahu, untuk basic setup fee bermula dalam  $5,000 : RM21,197.50, tetapi jika anda mahu upgrade kepada fungsi yang lebih advance, pembayaran setup anda akan bermula pada $50,000 : RM 211975.00

Berhati-hati dengan : Salesforce akan caj double untuk enterprise dengan harga ($150 = RM635.92/per user) untuk versi unlimited support. Mengikut pengguna, sistem ini sangat susah untuk digunakan kerana perlukan interaksi yang konsisten dengan Salesforce. Selain itu, kos yang sangat tinggi untuk digunakan oleh perniagaan kecil dan serdahana.

2. Nutshell CRM

Starter: $19/mo = RM80.15/sebulan

Full package: $35/mo = RM147.64/sebulan

Ciri-ciri penting : 

  • Automasi Jualan
  • Pengurusan pipeline yang fleksibel
  • Laporan & lead yang komprehensif dengan “excel-style”
  • Pengurusan contact/database
  • Suite e-mel: automasi, template, aluran kerja
  • On-boarding percuma

Ringkasan: Nutshell memenangi anugerah CRM yang berkuasa membantu team sales membuat jualan lebih cepat. Cukup berkuasa untuk membantu perniagaan anda dan cukup mudah untuk digunakan dalam masa kurang dari satu hari. Nutshell digemari di kalangan syarikat kecil dan sederhana, kerana mereka dapat jimat lebih daripada membayar software yang mahal dan susah untuk digunakkan. Selain itu, ciri-ciri Nutshell yang ringkas dan lebih menyerlah daripada software lain dari segi mudah digunakan dan sesuai digunakan, menurut ulasan pelanggan.

Berhati-hati dengan : Versi di dalam moblie app tidak sama dengan interface dengan di dalam PC/laptop anda

3. HubSpot

Starter: Percuma untuk versi permulaan

Full package: $120/mo = RM506.20/sebulan (Sales Hub)

Ciri-ciri penting : 

  • Boleh bina website landing page
  • Aliran kerja mengikut perjalanan pelanggan
  • Boleh bina Email template untuk jualan & marketing
  • Alat pengurusan jualan & marketing

Ringkasan: HubSpot adalah CRM, alat pemasaran automasi dan hub perkhidmatan pelanggan yang dibina menjadi satu. Dengan HubSpot, anda boleh membuat web pages, borang, dan e-mel. Ia bersama-sama dengan alur kerja automatik yang rumit. HubSpot adalah pilihan yang bagus untuk team sales dan marketing yang mampu keluarkan kos yang besar dan tak cukup masa atau sumber untuk menyatukan CRM mereka dengan ciri-ciri lain yang serupa.

Berhati-hati dengan : Jangan terpedaya dengan versi percuma-ia tidak lebih berfungsi daripada excel workbook. Jika anda ingin menggunakan semua ciri HubSpot, ia akan menelan belanja kecil. Selain itu, kalau anda bukan pro HTML, anda perlukan HubSpot untuk mereka-bentuk marketing pages untuk mereka.

4. Zoho

Starter: $12/mo = RM50.62/sebulan

Full package: $100/mo = RM421.83/sebulan

Ciri-ciri penting : 

  • Integrasi dengan Zoho apps
  • Sistem email CRM (limited #/user)
  • Dashboards dan laporan 
  • Intergrasi dengan Microsoft & Outlook
  • Pengurusan aliran kerja

Ringkasan: Zoho CRM adalah satu aplikasi yang mempunyai pelbagai saiz aplikasi dan biasanya dijual dalam kumpulan. Zoho CRM menawarkan alat pengurusan yang automatik, seperti menukar pelawat laman web ke dalam lead secara automatik. Laporan di Zoho juga sangat terkenal, yang membolehkan pengguna mendapatkan laporan bagi seluruh produk, lokasi, akaun dan status, serta menyediakan ramalan jualan yang berguna.

Berhati-hati dengan : Zoho mempunyai banyak add-on aplikasi yang berbeza harga, sehingga sukar untuk mendapatkan sebut harga tanpa melalui demo atau percubaan. Untuk pakej yang lengkap, anda mungkin perlu membeli aplikasi tambahan secara berasingan.

Kesimpulan

Bukanlah mudah untuk mencari sistem CRM yang sesuai dengan perniagaan anda. Setiap platform yang saya review hari ini, pasti ada banya faktor yang tersembunyi yang anda mungkin terlepas pandang atau anda tidak tahu. Jadi untuk memastikan anda membuat pilihan yang tepat, cara yang terbaik adalah dengan anda boleh cuba install versi demo dahulu. Dan dari situ anda boleh lihat adakah sistem CRM itu benar-benar dapat membantu bisnes anda dengan kos yang tak lari bajet. Anda boleh lihat page Software review sites untuk mengetahui feedback sebenar pengguna mengenai sistem CRM yang anda berminat untuk menggunakan. Btw kami juga ada tawarkan sistem CRM untuk anda gunakan, jadi jika berminat sila layari website kami –> saleskip.com

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Most Popular

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.