3 platform CRM terbaik untuk Marketing

Marketing yang berkesan bukan sekadar menarik pelanggan sekali sahaja.

Anda perlu wujudkan kesan yang berkekalan supaya semua pelanggan anda berminat dengan produk/perkhidmatan anda dan kembali membeli lagi. Bayangkan anda pergi ke sebuah kedai dan owner kedai itu tahu nama anda dan membantu anda mencari apa yang anda perlukan. Sudah pasti anda akan rasa dihargai.

Kebanyakkan peniaga online sekarang ramai yang terlepas pandang bertapa penting untuk menjaga hubungan dengan customer. Tetapi dengan adanya Customer Relationship Management (CRM) “Pengurusan Hubungan Pelanggan” yang betul, anda boleh optimumkan marketing anda untuk memenuhi keperluan unik setiap pelanggan.

CRM memudahkan usaha pemasaran anda, membolehkan anda automatikan komunikasi tertentu dan mengesan tingkah laku pelanggan dalam masa yang lebih singkat. Jadi dalam blog ini, Farha nak share antara 3 platform CRM yang terbaik untuk Marketing. 3 platform ini adalah dari luar negara. Jadi anda boleh review platform ini untuk rujukan anda.

1. Nutshell

Secara ringkasnya Nutshell adalah CRM yang lengkap dan penyelesaian kepada automasi jualan yang dilengkapi dengan set ciri-ciri dan boleh digunakan oleh semua jenis peniagaan. 

Untuk marketing, Nutshell sepenuhnya mengabungkan pengumpulan data dari awal sehingga akhir dan menggabungkan maklumat utama baru ke dalam laporan proses jualan. Ini memudahkan anda untuk mengkaji semula prospek dengan cepat, mengurus pelanggan dalam setiap fasa jualan dan melihat data analisis dengan lebih mendalam untuk keseluruhan perniagaan anda.

Satu lagi kelebihan platform ini adalah keupayaan untuk susun data. Simple Tag dan custom fields  membolehkan anda menyusun kumpulan dan segmen kenalan anda. Ciri peta interaktifnya membolehkan anda mengenal pasti semua pembeli anda di kawasan geografi dan boleh export ke dalam senarai segmen dengan satu klik.

Nutshell juga adainterface” yang ringkas, boleh lihat customer journey dan carian yang mudah menjadikannya sangat mudah untuk mencari pelanggan tertentu dan pantaskan pengerakan jualan anda. Dengan itu anda boleh membuat offer berdasarkan demografi dan history pembelian mereka sebelum ini.

a) Harga:

    • Starter : [$19 = RM80.56 setiap bulan],
    • Pro : [$ 35 = RM148.39 setiap bulan] (harga tahunan).
    • *Harga Pro Plus ada diatas permintaan.
    • Free-trial : 14 hari percubaan percuma disediakan.

b) Sesuai untuk: Perniagaan yang mencari penyelesaian lengkap untuk pengurusan database, automatikan sales dan marketing.

2. Zoho CRM

Zoho membolehkan anda mengumpulkan data dari setiap web form di website anda. Zoho juga boleh menguruskan secara automatik, senarai email yang di target berdasarkan tingkah laku pengguna, dan menghasilkan promosi unik untuk pelanggan anda.

Dengan semua fungsi di dalam Zoho, anda boleh berinteraksi secara automatik dengan pelanggan berdasarkan cara mereka menggunakan website atau service anda. Anda juga boleh integrasi kan Google ads dengan Zoho, dari situ anda boleh tahu keberkesanan iklan Google ads anda.

Reka bentuk, bajet dan track kempen iklan anda-semuanya ada dalam single interface.

a) Harga:  

  • Standard : [$ 12 = RM50.88 setiap bulan]
  • Profesional : [$ 20 = RM84.80 setiap bulan]
  • Enterprise : [$ 35 = RM148.39 setiap bulan]
  • Unlimited : [$ 100 = RM423.98 setiap bulan]
  • Free trial : 15 hari

b) Sesuai untuk: Perniagaan kecil dan sederhana yang ingin meningkatkan automation marketing dan kepuasan pelanggan.

 3. ActiveCampaign

ActiveCampaign adalah antara penyelesaian CRM yang lengkap, tetapi ActiveCampaign lebih kepada marketing automation tools.

Ini bermakna jika anda mencari CRM dengan automasi marketing yang kuat, ActiveCampaign adalah salah satu daripada beberapa pilihan yang anda boleh gunakan.

ActiveCampaign memberikan anda sistem automasi email yang besar, yang boleh menyusun pelanggan anda ke senarai email tertentu dan menghantar email, disesuaikan ke petunjuk anda berdasarkan tingkah laku mereka.

Dalam ActiveCampaign anda boleh memberi Engagement Score” (Markah penglibatan) kepada database anda. Jadi anda akan dapat tahu pelanggan yang mana paling berminat dengan lebih pantas hanya dari dashboard anda.

a) Harga :

  • Plus : [$ 49 = RM207.75 sebulan]
  • Profesional : [$ 129 = RM546.93 sebulan]
  • Enterprise : [$ 229 = RM970.91 sebulan] (harga tahunan) 
  • Free trial : 14 hari 

b) Sesuai untuk: Pakar marketing yang mencari marketing automation tools yang kuat.

Tips terakhir : Harga bagi sistem CRM memang agak mahal, jadi jika anda bercadang untuk mendapatkan sistem CRM, anda perlu cari sistem CRM yang berpatutan dan boleh membantu bisnes anda.

Jangan takut untuk mencuba free trials daripada beberapa CRM platform yang berbeza sehingga anda dapat jumpa platform yang sesuai dengan bisnes anda. Tapi, kalau anda masih tak pasti sistem yang mana anda patut cuba? Anda boleh daftar free-trial dalam Saleskip. Untuk maklumat lanjut klik link ini. https://saleskip.com/

 

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Most Popular

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.